Tuesday 6 April 2010

Kenapa LADANG TAQWA KAGU?

Salam.
Rasanya blog ini belum ada pembaca, selain daripada aku sendiri. Aku cuba untuk memberi komitmen kepada perkembangan blog ini di samping tugas-tugas harian. Ditambah pula dengan statusku sekarang ini yang Officially Unemployed, jadi aku membuat keputusan untuk berbakti atau berbudi pada tanah. Pertanian adalah Perniagaan bukan?. Aku rasa tak salah sekiranya siswazah itu bertani (contoh SiswazahTani Fatisha-aku mengagumi dia). Bukan sebab orang mau buat, jadi aku pun mau buat, cumanya aku rasa di Sabah ini, pasaran cendawan belum berapa meluas (aku cuba cari blog-blog perusahaan cendawan oleh orang-orang di Bawah Bayu ini, tapi hanya seorang sahaja yang mengusahakannya mempunyai blog/facebook). Di samping tersangat minat dengan cendawan (sejak merasa cendawan goreng di UUM, Sintok nda ingat Kolej mana, Pernas kali, bila balik Sabah selepas graduasi, aku pun melupakannya, tapi sejak berfacebook dan 'fully' internet', aku pun cuba-cuba mencari CENDAWAN GORENG, kenangan terimbau kembali bila mana setiap hari aku berlaukkan cendawan goreng, bila nda dijual aku pula rasa sangat kecewa, ketagih juga ada. Selepas itu bila mana Kantin Kolej tu nda jual lagi, aku cuba melupakannya, bayangkan sahaja sejak dari tahun 2002 aku meminati cendawan goreng ini, hahaha..(bagiku lucu, nda tahu perasaan kamu pula).

Ok. Sekarang beralih kepada nama blog ini. Aku memilih LADANG TAQWA KAGU (LTK) kerana, di kereta pick up bapaku tertera nama LADANG TAQWA, lagipula jenis pertanian yang kini dijalankan oleh bapaku ini bukanlah cendawan, akan tetapi ternakan kambing, sapi, pisang, jagung, ubi kayu dan cili (sedang diusahakan oleh Iparku, mudah-mudahan berjaya, Insya Allah), cuma aku sahaja yang minat cendawan. Jadi nda ngam pula kalau aku simpan LADANG CENDAWAN kan. Membaca blog-blog cendawan orang lain aku rasa sungguh teruja dan bersemangat, walau aku tahu aku kena berusaha keras untuk menjayakan rancanganku ini, aku kena berkorban masa dan tenaga yang aku ada. Sedangkan kursus yang akan dianjurkan oleh Koperasi Pembangunan Desa hanya akan dijalankan pada bulan Jun 2010, jadi aku tidak ada asas untuk memulakannya. Cuma pembacaan, pertanyaan daripada yang lebih dulu menjalankan perusahaan ini. Oh ya, setahu aku di Kota Belud ada dua pengusaha sahaja iaitu di Kampung Tambilaung/Penampang dan di Kampung Taun Gusi sahaja. Kesimpulannya, ladang ini nantinya akan mengeluarkan hasil selain dari cendawan, jadi jika difikirkan perlu, aku akan buat satu blog lagi khusus untuk cendawan sahaja.. ;-)

Rasanya sampai sini saja, nanti aku muat turun gambar pick up bapaku ok...

No comments:

Post a Comment