Wednesday, 14 July 2010

Kemaskini

Salam

Terima kasih kepada follower baru. Saya tidak menjangkakan ada pengikut dalam blog yang lama terbiar ini. Walau bagaimanapun, untuk makluman. Semua proses pembinaan bangsal telah siap kecuali netting dan pemerolehan bantal daripada pembekal di kundasang. Sekarang ini menunggu masa yang sesuai dan pengumpulan semula modal untuk memulakan projek ini sebelum atap nipah menjadi tua dan luruh. Kesian betul beliau tu. Tunggu kami balik ya pak.


Terima kasih sekali lagi kepada en.zul, matahari dan k-ril.


Friday, 21 May 2010

Kemaskini-Mei 2010


Salam

Akhirnya setelah berhempas pulas menguatkan semangat untuk menjenguk dan mengemaskini blog ini. Aku sampai juga. Proses pembuatan bangsal masih berjalan. Di sebabkan keadaan kesihatan dan kesibukan bapa, kerja-kerja pemerolehan beruti untuk rak dan dinding akhirnya dimulakan. Untuk entri ini, hanya gambar ini sahajalah yang dapat aku paparkan.

Jangkaan mungkin dalam bulan Julai 2010, Insya Allah akan siap. Aku menunggu dengan penuh debar.

Itu jak.

Tuesday, 20 April 2010

BELAHAN JIWAKU

nur syazharina @ jajang @ jaja @ gendutz
"wakata!!!"


muhammad syazwan @ juan @ ah cong @ jun sang @ starring
trying to look sweet eh?

Wednesday, 14 April 2010

Memulakan Pembinaan Bangsal Cendawan-15 April 2010

Lokasi Belakang Rumah - Sebelum Stor dan Sebelah Garaj
Salam
Pada hari ini, bapa dengan bantuan Pakcik Malikin dan Pakcik Agai (orang kampung juga) telah memulakan kerja-kerja membuat bangsal cendawan ini (I wonder what it look like soon)..Nda sabar rasanya, tadi pagi ada telefon En. Jupilin, KPD Kundasang berkenaan bongkah cendawan, kalau dihantar ke sini dikira RM1.60 sebongkah campur dengan RM1.30 untuk bongkah cendawan.. waa boleh tahan. Lepas ni kena bincang dengan bapa sama ada mau ambik sendiri atau minta hantar.



Hari ini juga saya mencari-cari pengusaha cendawan di Kota Belud (yang ada blog) dan terjumpa lagi YUZIE AGRO FARM. Pembaca boleh melayari blognya di sini ;   http://www.yuzieagrofarm.blogspot.com/
Lain-lain blog masih belum dikemaskini termasuk yang dari Semenanjung. Hati bertanya jika pengusaha-pengusaha cendawan ini masih aktif...dan agak takut difikirkan masa depan cendawanku ini bagaimana nantinya. Insya Allah... di mana ada kemahuan di situ ada jalan..

Monday, 12 April 2010

Diluluskan!!

Salam
Permohonan yang dibuat kepada bapa telah diluluskan. Hehehe.. sebenarnya aku agak takut jika berbincang pasal ini dengan beliau. Dia agak garang..tapi baik..Dia bersetuju dan memberi kebenaran kepada aku untuk membina bangsal/rumah cendawan di sebelah rumahnya di kampung ini. Tapi aku agak kasihan bila ibuku bagitahu yang bapa mahu juga buat walau pun dia sibuk. Maklumlah, mau upah orang buat takut pula nanti kerja nda siap, orang yang diupah tu lari. Ada kes macam tu terjadi di kampung. Ndapalah. Sekarang mau telefon itu KPD Kundasang mau tanya kalau ada stok bongkah cendawan tiram tu. Moga-moga dengan izinNya, projek ini akan berjaya, Insya Allah.

Tuesday, 6 April 2010

Kenapa LADANG TAQWA KAGU?

Salam.
Rasanya blog ini belum ada pembaca, selain daripada aku sendiri. Aku cuba untuk memberi komitmen kepada perkembangan blog ini di samping tugas-tugas harian. Ditambah pula dengan statusku sekarang ini yang Officially Unemployed, jadi aku membuat keputusan untuk berbakti atau berbudi pada tanah. Pertanian adalah Perniagaan bukan?. Aku rasa tak salah sekiranya siswazah itu bertani (contoh SiswazahTani Fatisha-aku mengagumi dia). Bukan sebab orang mau buat, jadi aku pun mau buat, cumanya aku rasa di Sabah ini, pasaran cendawan belum berapa meluas (aku cuba cari blog-blog perusahaan cendawan oleh orang-orang di Bawah Bayu ini, tapi hanya seorang sahaja yang mengusahakannya mempunyai blog/facebook). Di samping tersangat minat dengan cendawan (sejak merasa cendawan goreng di UUM, Sintok nda ingat Kolej mana, Pernas kali, bila balik Sabah selepas graduasi, aku pun melupakannya, tapi sejak berfacebook dan 'fully' internet', aku pun cuba-cuba mencari CENDAWAN GORENG, kenangan terimbau kembali bila mana setiap hari aku berlaukkan cendawan goreng, bila nda dijual aku pula rasa sangat kecewa, ketagih juga ada. Selepas itu bila mana Kantin Kolej tu nda jual lagi, aku cuba melupakannya, bayangkan sahaja sejak dari tahun 2002 aku meminati cendawan goreng ini, hahaha..(bagiku lucu, nda tahu perasaan kamu pula).

Ok. Sekarang beralih kepada nama blog ini. Aku memilih LADANG TAQWA KAGU (LTK) kerana, di kereta pick up bapaku tertera nama LADANG TAQWA, lagipula jenis pertanian yang kini dijalankan oleh bapaku ini bukanlah cendawan, akan tetapi ternakan kambing, sapi, pisang, jagung, ubi kayu dan cili (sedang diusahakan oleh Iparku, mudah-mudahan berjaya, Insya Allah), cuma aku sahaja yang minat cendawan. Jadi nda ngam pula kalau aku simpan LADANG CENDAWAN kan. Membaca blog-blog cendawan orang lain aku rasa sungguh teruja dan bersemangat, walau aku tahu aku kena berusaha keras untuk menjayakan rancanganku ini, aku kena berkorban masa dan tenaga yang aku ada. Sedangkan kursus yang akan dianjurkan oleh Koperasi Pembangunan Desa hanya akan dijalankan pada bulan Jun 2010, jadi aku tidak ada asas untuk memulakannya. Cuma pembacaan, pertanyaan daripada yang lebih dulu menjalankan perusahaan ini. Oh ya, setahu aku di Kota Belud ada dua pengusaha sahaja iaitu di Kampung Tambilaung/Penampang dan di Kampung Taun Gusi sahaja. Kesimpulannya, ladang ini nantinya akan mengeluarkan hasil selain dari cendawan, jadi jika difikirkan perlu, aku akan buat satu blog lagi khusus untuk cendawan sahaja.. ;-)

Rasanya sampai sini saja, nanti aku muat turun gambar pick up bapaku ok...

Monday, 5 April 2010

Permulaan Kepada Permulaan

Bismillahirahmanirrahim.
Biarlah aku mulakan dengan gambar ini. Gambar ayahku yang sedang mencuci kandang kambing impiannya. Selepas ini akan kuceritakan yang selanjutnya. Daripada gambar, banyak tafsiran terlahir. Biar pembaca tafsir apa yang ingin kuriwayatkan dalam blog ini, untuk permulaan. Insya Allah Amiin...